Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JEREBU: JAKIM ANJUR SOLAT HAJAT DI TIGA MASJID UTAMA PADA KHAMIS SELEPAS MAGHRIB, SELEPAS SOLAT JUMAAT

DALAM NEGARA

JEREBU: JAKIM ANJUR SOLAT HAJAT DI TIGA MASJID UTAMA PADA KHAMIS SELEPAS MAGHRIB, SELEPAS SOLAT JUMAAT

Susulan keadaan jerebu semakin teruk, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan solat hajat di tiga masjid utamanya pada Khamis, 15 Okt selepas Maghrib dan Jumaat, 16 Okt selepas Solat Jumaat.

KUALA LUMPUR: Susulan keadaan jerebu semakin teruk, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan solat hajat di tiga masjid utamanya pada Khamis, 15 Okt selepas Maghrib dan Jumaat, 16 Okt selepas Solat Jumaat.

JAKIM berkata, solat hajat akan diadakan di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Semoga Allah SWT melindungi negara kita daripada sebarang kemudaratan serta mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebook. 

Terdahulu Zulkifli menyeru umat Islam untuk mengadakan solat hajat susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Zulkifli mengajak solat hajat dijalankan secara serentak di seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. 

“Jerebu makin teruk, senjata kita adalah doa. Saya menyeru solat hajat diadakan serentak di seluruh masjid dan surau Wilayah Persekutuan.

“Moga Allah SWT mencurahkan rahmat dan hujan yang bermanfaat,” katanya dalam hantaran itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading