Connect with us

ALHIJRAH NEWS

REZEKI AQIQAH KAMBING RM1

DALAM NEGARA

REZEKI AQIQAH KAMBING RM1

Rezeki tidak disangka buat bayi yang dilahirkan pada 12 Rabiulawal 1448 Hijrah sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

JOHOR BAHRU: Hasrat menunaikan aqiqah buat cahaya mata bukan sesuatu yang mudah direalisasikan terutama apabila kos pembelian haiwan ternakan mencecah ribuan ringgit.

Namun, rezeki berpihak kepada 87 bayi  apabila tuntutan sunat muakkad itu dapat ditunaikan dengan hanya RM1 bagi seekor kambing berkat kemurahan hati Osman Goat Farm (OGF).

Inisiatif itu khas untuk bayi yang dilahirkan pada 12 Rabiulawal 1448 Hijrah sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Bagi keluarga penerima, sumbangan itu amat bermakna memandangkan kos melaksanakan aqiqah semakin menjadi pertimbangan, khususnya bagi mereka yang mempunyai kekangan kewangan.

Salah seorang penerima Muhammad Anas Abu Bakri melahirkan rasa syukur kerana dapat  atas melaksanakan aqiqah buat anaknya tanpa perlu menanggung kos yang tinggi.

Perasaan sama turut dikongsi Muhammad Fakhrul Razi Mohd Zamani yang menyifatkan peluang berkenaan sebagai rezeki buat cahaya matanya.

Seorang lagi penerima, Zuhairi Syazwan Mohd Sumbaji, berkata inisiatif itu memudahkannya menguruskan pelaksanaan aqiqah yang mungkin sukar dilakukan tanpa bantuan berkenaan.

Setiap bayi yang terpilih menerima seekor kambing baka Boer dengan purata berat 40 kilogram

Inisiatif itu tercetus daripada hasrat Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheyakutty yang mahu berkongsi rezeki daripada hasil usaha penternakannya.

Bagi Osman, sumbangan seekor kambing tidak sebanding dengan jasa Rasulullah SAW yang jauh lebih besar.

“Sepanjang 15 tahun melaksanakan program ini, saya merasai banyak keberkatan. Alhamdulillah, perniagaan saya juga semakin baik dan saya gembira dapat berkongsi rezeki serta membahagiakan keluarga dan orang lain.”. Katanya selepas menyempurnakan aqiqah itu di Osman Goat Farm, Kangkar Tebrau.

Pada peringkat awal, penyertaannya terhad kepada bayi di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, memasuki tahun ke-15 penganjurannya, program itu diperluaskan kepada bayi dari seluruh Malaysia dan Singapura.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading