Connect with us

ALHIJRAH NEWS

“KAMI AKAN TAMATKAN PERANG IRAN” – KETUA DEMOKRAT SENAT AS

UTAMA

“KAMI AKAN TAMATKAN PERANG IRAN” – KETUA DEMOKRAT SENAT AS

Ketua Demokrat Senat AS Chuck Schumer berikrar menamatkan perang dengan Iran dan mendakwa beberapa senator Republikan turut menyokong usaha berkenaan.

WASHINGTON: Ketua Demokrat di Senat Amerika Syarikat (AS), Chuck Schumer berkata pihaknya akan berusaha menamatkan perang dengan Iran dengan sokongan beberapa anggota Senat daripada Parti Republikan.

“Kami akan menamatkan perang. Sudah ada beberapa anggota Republikan yang menyertai kami dalam usaha menamatkan perang ini. Bapa-bapa pengasas negara telah menetapkan ‘kuasa ke atas perbelanjaan’ (power of the purse) sebagai salah satu cara untuk mengekang presiden yang melancarkan perang tanpa persetujuan rakyat Amerika,” katanya.

Schumer berkata demikian dalam sidang akhbar di ibu pejabat Jawatankuasa Kempen Senator Demokrat di Washington, D.C. pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas pemilihan ketika Parti Demokrat dijangka mengambil alih kawalan Dewan Perwakilan dan Senat dalam pilihan raya pertengahan penggal.

Sementara itu, Presiden Donald Trump memberitahu The Wall Street Journal pada malam Selasa bahawa perang berkenaan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan meluas Parti Republikan dalam pilihan raya itu.

Bagaimanapun, Trump menegaskan beliau tidak menyesal melancarkan perang tersebut pada awal tahun ini.

“Iran adalah salah satu faktornya,” katanya ketika ditanya sama ada perang itu menyumbang kepada prestasi buruk Parti Republikan dalam pilihan raya berkenaan.

Pada Jun lalu, empat senator Republikan mengundi bersama Demokrat untuk menyokong resolusi kuasa perang yang mengarahkan Trump menarik balik tentera AS daripada perang terhadap Iran.

Tindakan ketenteraan itu dilaksanakan tanpa kebenaran rasmi Kongres untuk menggunakan kekerasan tentera. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top