Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU KAFA, TAKMIR DI PERAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500

DALAM NEGARA

GURU KAFA, TAKMIR DI PERAK TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN RM500

Kerajaan Negeri Perak hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru takmir di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

IPOH: Kerajaan Negeri Perak hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru takmir di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bantuan itu akan dibayar bermula Jumaat ini.

Beliau berkata BKK itu membabitkan 3,495 penerima terdiri daripada 3,117 guru KAFA dan 378 guru takmir dengan melibatkan implikasi kewangan negeri mencecah RM1.75 juta.

“Diharapkan bantuan ini dapat membantu meringankan beban kewangan golongan berkenaan menjelang sambutan Aidilfitri serta menyemarakkan lagi kegembiraan dalam menyambut lebaran yang bakal tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan pemberian BKK Aidilfitri sebanyak RM1,500 kepada 13,582 penjawat awam negeri termasuk guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan (OBJ), ketua kampung serta kakitangan di bawah kontrak MySTEP. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading