BABA’S PENTINGKAN PENGELUARAN PRODUK YANG HALAL DAN KUALITI
Proses pensijilan halal produk Baba’s memerlukan ketelusan dan perhatian yang tinggi terhadap setiap perincian, terutamanya bagi memastikan setiap bahan mentah yang digunakan dalam produk Baba’s datang dari sumber yang sah dan halal.
KUALA LUMPUR: Proses pensijilan halal produk Baba’s memerlukan ketelusan dan perhatian yang tinggi terhadap setiap perincian, terutamanya bagi memastikan setiap bahan mentah yang digunakan dalam produk Baba’s datang dari sumber yang sah dan halal.
Komitmen itu dibuktikan Baba Products (M) Sdn Bhd menerusi penubuhan Jabatan Halal Baba’s berfungsi untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar rempah itu menepati piawaian halal yang telah ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pengurus Jabatan Halal Baba’s, Puan Norshalina Mohd Razali berkata, jabatan itu bukan sahaja perlu melakukan audit dalaman secara berkala, tetapi turut bertanggungjawab memberikan latihan halal yang diiktiraf oleh JAKIM kepada kakitangan untuk memberi latihan dan pendedahan.
“Saya sangat bersyukur sebab Baba’s memberi sokongan penuh dalam hal pensjilan halal ini. Pihak syarikat memang menyediakan sumber dan latihan yang mencukupi untuk pastikan semua kakitangan, terutama dalam Jabatan Halal, faham dan ikut prosedur halal dengan betul.
“Dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan pengguna, kami sentiasa mengutamakan ketelusan dalam setiap aspek, daripada pemilihan bahan mentah, pengeluaran, hingga ke pembungkusan.
“Kalau ada sebarang ketidakpatuhan, kami akan ambil tindakan segera supaya tak memberi kesan kepada pensijilan halal syarikat,” katanya.
Hasil kerja keras dan komitmen jabatan itu, Baba’s telah menerima Anugerah Halal Whitelist JAIS, yang mengiktiraf Baba’s sebagai salah satu syarikat yang memenuhi piawaian halal tertinggi dan sentiasa menjaga integriti halal dalam setiap proses pengeluaran.
Baba’s telah menjadi pemegang sijil Halal Malaysia sejak tahun 1996 dan ketika ini Syarikat itu masih merupakan pemegang sah Sijil Halal Malaysia (JAKIM) dengan 41 produk disahkan halal dan dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Selain itu, pada tahun 2023, Baba’s juga memperoleh pensijilan Halal dari Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH), Indonesia.
Malah syarikat itu turut memiliki pelbagai sijil kualiti dan keselamatan makanan yang diiktiraf pelbagai badan dan pertubuhan rasmi.
Kesemua pengiktirafan itu mencerminkan komitmen tinggi Baba’s dalam memastikan standard Halalan Toyyiban dipatuhi.
Oleh itu Norshalina berharap pengguna melihat usaha Baba’s dalam mengekalkan status halal dan memberi sokongan kepada jenama yang benar-benar komited dalam memenuhi piawaian halal.
“Kami berharap mereka bukan sahaja menjadi pengguna yang bijak dalam memilih produk, tetapi juga menjadi penyokong yang setia kepada syarikat-syarikat yang menjaga kehalalan produk mereka dengan penuh tanggungjawab,” katanya.
Sementara itu Norshalina berkata, Baba’s bukan hanya fokus untuk mengembangkan perniagaan, tetapi juga komited dalam kebajikan dan pembangunan ummah, terutama sekali di kalangan pekerja dan pengguna.
“Sebagai seorang Muslim yang sudah lebih dua dekat berkhidmat di Baba’s, saya sangat menghargai dan menghormati komitmen Syarikat terhadap kebajikan staf,” katanya.
Babas menang perak di Anugerah Putra Brand Awards 2024 bahagian kategori makanan dan Halal Prominent Brand Award 2024
Mengulas berkenaan program latihan dan aktiviti halal yang dijalankan oleh Baba’s, Norshalina berkata antara yang dilaksanakan adalah pemantauan halal harian dan audit berkala di kilang serta audit pembekal dan pemeriksaan bahan mentah.
Kakitangan Baba’s juga katanya akan menjalani program latihan halal peringkat dalaman sebagai usaha untuk memperkukuh kemahiran dan ilmu sedia ada.
Bagi tujuan mendekatkan jenama dengan masyarakat, Baba’s juga banyak melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antarnya Halal School Attack bersama pelajar UiTM dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) selain turut menganjurkan Halal Talk bersama pelajar Kolej Professional Baitulmal KL (KPBKL) dan calon industri halal ‘whitelist’ JAIS.
Semua yang digerakkan Baba’s itu menunjukkan komitmen tinggi dari pihak pengurusan Baba’s memastikan standard halal terus dipatuhi dan dikawal selia dengan ketat. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager