GURU KELAR ISTERI DIPERCAYAI AKIBAT BEBAN HUTANG – POLIS
Seorang guru lelaki yang bertindak mengelar isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara dekat sini, dipercayai kerana masalah hutang pinjaman bank dan ansuran e-dagang yang dibuatnya.
GEORGE TOWN: Seorang guru lelaki yang bertindak mengelar isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara dekat sini, dipercayai kerana masalah hutang pinjaman bank dan ansuran e-dagang yang dibuatnya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata berdasarkan siasatan awal yang dijalankan polis mendapati suspek bertindak sedemikian kerana terbeban dengan masalah hutang yang dibuatnya, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Siasatan kami mendapati lelaki berusia 30 tahun itu membuat pinjaman bank untuk pelaburan saham dan dia juga membayar ansuran barangan yang dibeli melalui platform e-dagang, punca pergaduhan pasangan itu disebabkan hutang.
“Siasatan polis juga mendapati suspek tidak berhutang dengan along dan dakwaan tersebut tidak benar kerana dia mempunyai pinjaman dengan institusi kewangan yang sah sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pihak polis juga telah merekodkan keterangan mangsa iaitu isterinya yang berusia 28 tahun itu semalam dan guru tersebut berada dalam keadaan stabil serta dibenarkan keluar hospital.
Sazalee memaklumkan suspek pula yang berada dalam keadaan stabil itu, kini ditempatkan di Wad Psikiatri di Jalan Perak, di sini untuk pemeriksaan lanjut kesihatan mental sejak semalam.
“Isteri sedang menjalani proses pemulihan dan tidak boleh banyak bercakap, suaminya pula sebelum ini normal serta tiada sebarang rekod masalah kesihatan mental,” katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan kes di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi Rabu itu, seorang guru lelaki bertindak mengelar leher isterinya sebelum mencederakan dirinya sendiri dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di bilik tidur pasangan tersebut di Taman Tunas Muda.
Kejadian berlaku sebelum subuh itu disedari oleh ibu mangsa yang terdengar jeritan anaknya dari tingkat atas rumah dua tingkat tersebut, sebelum terus naik melihat dan mendapati mangsa ditindih sebelum menarik wanita itu turun dari katil bagi menyelamatkannya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.