Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRABOWO ARAH SIASATAN TELUS, JANJI TINDAKAN TEGAS INSIDEN KEMATIAN PEMANDU GOJEK

DUNIA

PRABOWO ARAH SIASATAN TELUS, JANJI TINDAKAN TEGAS INSIDEN KEMATIAN PEMANDU GOJEK

Presiden Indonesia Prabowo Subianto, pada Jumaat memberi jaminan bahawa insiden kematian seorang pemandu Gojek yang dirempuh kenderaan polis ketika demonstrasi di Jakarta akan disiasat secara menyeluruh dan telus.

Sumber: AFP

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto, pada Jumaat memberi jaminan bahawa insiden kematian seorang pemandu Gojek yang dirempuh kenderaan polis ketika demonstrasi di Jakarta akan disiasat secara menyeluruh dan telus.

Beliau turut menzahirkan rasa sedih dan kecewa terhadap tindakan pihak keselamatan yang menyebabkan kematian pemandu Gojek itu. 

“Seandainya mereka terbukti bertindak lebih daripada yang sepatutnya, kita akan ambil tindakan sekeras-kerasnya sesuai undang-undang,” katanya dalam video yang dimuat naik di media sosial rasmi.

Probowo turut memberi jaminan kerajaan akan memberi perhatian kepada kebajikan ahli keluarga mangsa. Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. 

Sementara itu, Antara melaporkan bahawa Ketua Polis Negara Indonesia (Polri) Jeneral Listyo Sigit Prabowo, berjanji untuk menyiasat secara menyeluruh semua isu daripada tunjuk perasaan ganas baru-baru ini, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap kes akan ditangani secara telus.

“Kami akan mengadakan pertemuan mengenai perkara ini. Apa yang jelas, kami akan menangani setiap kes satu persatu,” kata Listyo kepada pemberita di Jakarta pada Jumaat.

Media melaporkan Affan Kurniawan, 21, meninggal dunia selepas dilanggar kenderaan taktikal polis ketika pihak berkuasa cuba menyuraikan demonstrasi yang didakwa menjurus kepada aksi tidak terkawal (anarkis).

Insiden itu mencetuskan kemarahan peserta demonstrasi yang mengejar kenderaan terbabit sehingga ke  Markas Briged Bergerak (Brimob) Polis di Jakarta Pusat untuk menuntut keadilan.

Ribuan pemandu Gojek mengiringi jenazah Affan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Karet Bivak, Tanah Abang, pada 9.30 pagi Jumaat waktu tempatan.

Golongan pekerja mengadakan demonstrasi menuntut kebajikan lebih baik dan pembaharuan dasar buruh di kompleks parlimen di Jakarta Pusat pada pagi Khamis.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading