LELAKI PEDOFILIA RAKAM, JUAL VIDEO AMANG SEKSUAL BERSAMA KANAK-KANAK DAN BAYI DIBERKAS
Kanak-kanak dan bayi tidak berdosa termasuk yang baru berusia dua bulan bukan sahaja dibeli seperti barang dagangan malah dijadikan pemuas nafsu songsang sebelum dirakam dan disebarkan ke laman gelap.
JOHOR BAHRU: Kanak-kanak dan bayi tidak berdosa termasuk yang baru berusia dua bulan bukan sahaja dibeli seperti barang dagangan malah dijadikan pemuas nafsu songsang sebelum dirakam dan disebarkan ke laman gelap.
Itulah kegiatan jijik sindiket pedofilia yang akhirnya terbongkar menerusi Ops Pedo, operasi sebulan oleh Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi antarabangsa bermula 19 Julai hingga 19 Ogos lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayaah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata lebih menjijikan suspek utama, seorang juruteknik tempatan berusia 29 tahun yang ditahan pada 19 Julai lepas di sini, melakukan penderaan seksual termasuk merogol, meliwat dan mendera secara seksual bayi serta kanak-kanak tersebut bagi memuaskan nafsu.
Beliau berkata kesemua adegan terkutuk bersama mangsa termasuk dua bayi lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan berusia dua bulan hingga lima tahun itu, kemudian dirakam untuk dijual di laman gelap dan aplikasi Telegram dengan pelanggan dari dalam negara dan antarabangsa.
“Modus operandi suspek utama adalah mendapatkan bekalan bayi melalui aplikasi Facebook yang menawarkan bayi untuk diambil sebagai anak angkat
“Suspek akan berurusan dengan ibu kandung melalui cara memberikan wang tunai antara RM1,500 hingga RM3,500 termasuk melunaskan bil bersalin di hospital,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad.
Kumar berkata ibu kandung mangsa dijaga hingga urusan memperoleh sijil kelahiran yang sah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selesai, serta mendedahkan satu daripada sijil kelahiran yang dirampas memaparkan nama suspek sebagai bapa.
Beliau berkata suspek didapati turut mendapat hak penjagaan mangsa sebagai anak angkatnya secara sah dan siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan.
Lebih mengejutkan, beliau berkata suspek dipercayai turut mencari mangsa lain secara rambang dengan menyasarkan kanak-kanak tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga di kawasan kejiranannya bagi melakukan perbuatan terkutuk tersebut untuk tujuan sama.
“Setakat ini kita telah mengenal pasti dan mengesan tiga mangsa (dari kawasan kejiranan) terdiri daripada kanak-kanak perempuan berumur lima hingga tujuh tahun,” katanya.
Beliau berkata 10 individu lain telah ditahan bagi membantu siasatan termasuk wanita warga Indonesia yang dipercayai berperanan sebagai penjaga mangsa.
Beliau berkata mereka terdiri daripada dua wanita tempatan, dua lelaki dan empat wanita Indonesia, seorang lelaki Myanmar serta seorang wanita Suluk, berusia antara 25 hingga 60 tahun.
Pelbagai barangan turut dirampas di rumah suspek termasuk sijil kelahiran, buku ibu mengandung, kad pengenalan, borang kosong JPN, komputer riba dan telefon bimbit.
Kumar berkata tiga kanak-kanak dan dua bayi yang telah diselamatkan itu kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan suspek disiasat mengikut Seksyen 5, Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) bagi Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Beliau berkata sebanyak lima kertas siasatan telah dibuka dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 21 Ogos lepas.
“Polis menasihati ibu bapa dan penjaga kanak-kanak agar sentiasa prihatin dengan pergerakan anak masing-masing memandangkan ancaman pedofilia sukar dikesan dan penjenayah berada dalam kalangan masyarakat,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests