MAKKAH: Seorang lagi jemaah haji wanita Malaysia telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital King Abdullah, Arab Saudi pada Khamis.
Allahyarhamah, Eshah Che’, 74 tahun yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.10 petang waktu Arab Saudi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah seramai 14 orang jemaah.
“Pemergian Allahyarhamah disahkan oleh petugas kesihatan Tabung Haji (TH), Dr. Ahmad Nizam Ismail @ Mustafa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta dikurniakan ganjaran haji mabru oleh Allah S.W.T.
Untuk rekod, sebanyak 13 kes jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah berpunca daripada serangan jantung sementara hanya seorang disebabkan jangkitan kuman dan kegagalan organ.—AlHijrah Online