Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BADAN PEMANTAU PBB SAHKAN TAPAK NUKLEAR NATANZ DI IRAN JADI SASARAN SERANGAN ISRAEL

DUNIA

BADAN PEMANTAU PBB SAHKAN TAPAK NUKLEAR NATANZ DI IRAN JADI SASARAN SERANGAN ISRAEL

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Jumaat mengesahkan bahawa tapak nuklear Natanz di Iran merupakan antara sasaran serangan udara Israel.

ISTANBUL: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Jumaat mengesahkan bahawa tapak nuklear Natanz di Iran merupakan antara sasaran serangan udara Israel, lapor Anadolu Ajansi.

“IAEA sedang memantau rapi situasi yang amat membimbangkan di Iran. Agensi boleh mengesahkan bahawa tapak Natanz adalah antara yang disasarkan,” kata Ketua IAEA, Rafael Grossi menerusi satu hantaran di akaun X rasmi agensi itu.

Beliau berkata IAEA kini “berhubung dengan pihak berkuasa Iran berkenaan tahap radiasi.”

“Kami juga sedang berhubung dengan para pemeriksa kami yang berada di negara itu,” kata Grossi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading