Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAMAS GESA ISRAEL TAMATKAN ‘JENAYAH’ TERHADAP PALESTIN

DALAM NEGARA

HAMAS GESA ISRAEL TAMATKAN ‘JENAYAH’ TERHADAP PALESTIN

Gesaan itu dibuat selepas mahkamah Israel pada Rabu mengeluarkan perintah agar sebuah sekolah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dimusnahkan.

Gambar hiasan
(Sumber Telegram Briged Al Qassam)

BANDARAYA GAZA: Kumpulan Hamas pada Sabtu menggesa Israel menghentikan semua perbuatan “jenayah” yang dilakukan rejim itu di wilayah yang diduduki.

Gesaan itu dibuat selepas mahkamah Israel pada Rabu mengeluarkan perintah agar sebuah sekolah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dimusnahkan, lapor Agensi Anadolu.

Sekolah itu terletak di Kawasan C di Tebing Barat yang berada di bawah kawalan penuh Israel dan mewakili 61 peratus daripada wilayah yang diduduki.

“Israel mengabaikan norma antarabangsa, laporan dan undang-undang yang memberi tanggungjawab dan hak kepada pertubuhan kemanusiaan untuk bertindak menghentikan keganasan Israel,” kata jurucakap Hamas Hazem Qassem dalam satu kenyataan.

Beliau berkata peningkatan keganasan yang dilakukan Israel “tidak akan memberikan keabsahan kepada Israel atau berjaya menghapuskan identiti Palestin.”

Pada minggu lalu serangan udara Israel di Semenanjung Gaza telah mengorbankan 49 orang termasuk 17 kanak-kanak dan mencederakan 360 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Serangan itu terhenti di bawah persetujuan gencatan senjata dan Mesir bertindak sebagai perantara. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading