Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

USTAZ KAZIM STABIL DI ICU, TERIMA RAWATAN AKIBAT SALURAN JANTUNG SEMPIT

DALAM NEGARA

USTAZ KAZIM STABIL DI ICU, TERIMA RAWATAN AKIBAT SALURAN JANTUNG SEMPIT

Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini akibat masalah saluran jantung sempit.

IPOH: Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini akibat masalah saluran jantung sempit.

Menurut abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz, keadaan beliau bertambah baik berbanding sebelum ini selepas menjalani prosedur dan pemantauan rapi oleh pasukan pakar perubatan.

Katanya, doktor mengesan saluran jantung sempit yang memerlukan rawatan segera, namun keadaan Mohammad Kazim kini stabil dan menunjukkan perkembangan positif.

Beliau juga dinasihatkan untuk mendapatkan rehat secukupnya selain terus dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap kesihatannya kembali pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, keluarga memohon orang ramai terus mendoakan kesembuhan beliau serta menghormati privasi dengan tidak hadir melawat buat masa ini.

Mereka turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan doa berterusan daripada orang ramai terhadap kesihatan pendakwah berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading