Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HELIKOPTER BOMBA TERHEMPAS, TUJUH SELAMAT

DALAM NEGARA

HELIKOPTER BOMBA TERHEMPAS, TUJUH SELAMAT

Sebuah helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 dengan nombor pendaftaran 9M-BOF terhempas di kawasan apron UniKL MIAT Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

SUBANG JAYA: Sebuah helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 dengan nombor pendaftaran 9M-BOF terhempas di kawasan apron UniKL MIAT Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Kapten Norazman Mahmud berkata, helikopter yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu sedang menjalani ujian penerbangan.

“Menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bertindak segera terhadap insiden terbabit.

“Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter terbabit dan kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016, katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading