TUARAN: Hujan lebat sejak beberapa hari lalu di Sabah mengakibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh di beberapa kampung di daerah ini pagi ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata beberapa kawasan di sini terjejas akibat banjir iaitu Kampung Bunga Tengilan, Kampung Bundung, Kampung Suang Bangau, Kampung Paruh, Kampung Tinuhan dan Pekan Tengilan.
Beliau berkata jambatan lama Tamparuli telah dinaiki air menyebabkan jalan itu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan pagi ini, manakala paras air Sungai tuaran pada pagi ini pada aras waspada.
“Tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini kerana keluarga terjejas banjir berpindah ke rumah keluarga lain, cuaca pada pagi ini adalah baik,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Tuaran merupakan sebuah daerah berkeluasan 1,165 km persegi di pantai Barat Sabah terletak lebih 32 kilometer dari Kota Kinabalu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata hujan lebat itu juga menyebabkan lima rumah terjejas berikutan kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok di sini awal pagi ini.
Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 5.59 pagi sebelum ke lokasi kejadian sejauh 26 kilometer, dan setakat ini tiada mangsa terlibat dalam insiden berkenaan.
“Pemilik rumah yang terjejas telah diminta untuk mengosongkan kediaman masing-masing kerana pergerakan tanah masih berlaku. Operasi ditamatkan kira-kira 7.16 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan memaklumkan akibat hujan lebat itu tiga jalan di daerah kota Belud tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan pagi ini kerana dinaiki air banjir.
Jalan tersebut ialah KM79.228 Kampung Gunding Jalan Kota Kinabalu-Kudat, KM1.625 Kampung Menunggui Jalan Kuala Ibai dan KM1.382 Kampung Sembirai Jalan Kota Belud Bypass.
“Pemasangan Traffic Management Plan (TMP) telah dilakukan di jalan tersebut dan pengguna tiga jalan itu dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Sangkir 2 untuk ke destinasi masing-masing,” menurut kenyataan itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked