Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JUMLAH SUBSIDI DIPUTUSKAN SETELAH KUOTA HAJI NEGARA DIMUKTAMAD – IDRIS

DALAM NEGARA

JUMLAH SUBSIDI DIPUTUSKAN SETELAH KUOTA HAJI NEGARA DIMUKTAMAD – IDRIS

“Apabila kita sudah dapat bilangan kuota haji sebenar, insya-Allah kita akan berbincang untuk muktamadkan jumlah subsidi yang diberikan,”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima Norliza Amzah, 49, pada Majlis Sumbangan Infaq Kasih Ramadan Kawasan Kapar di Kampung Rantau Panjang hari ini. –fotoBERNAMA

KLANG: Kemudahan jumlah subsidi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini akan diputuskan setelah jumlah kuota haji negara diketahui dan dimuktamadkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

“Apabila kita sudah dapat bilangan kuota haji sebenar, insya-Allah kita akan berbincang untuk muktamadkan jumlah subsidi yang diberikan,” katanya ringkas ketika diminta mengulas berhubung perkembangan subsidi haji selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Infaq Kasih Ramadan Kawasan Kapar, di sini hari ini.

Jumaat lepas, Idris memaklumkan kerajaan memberi jaminan kemudahan subsidi bagi menunaikan ibadah haji diteruskan tahun ini, bagaimanapun kadar yang akan ditanggung masih belum diputuskan.

Sementara itu, mengulas mengenai titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Idris berkata titah itu sudah jelas.

Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi MKI bertitah bahawa sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, MKI dan Majlis Raja-Raja. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading