Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU, ANAK MAUT DALAM KEMALANGAN

DALAM NEGARA

IBU, ANAK MAUT DALAM KEMALANGAN

Sampai di tempat kejadian, pemandu Honda dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar treler yang berada di lorong kiri.

BENTONG: Seorang ibu bersama anaknya maut dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Kilometer 41, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kemalangan pada jam 1.30 pagi itu melibatkan dua buah kereta dan sebuah treler.

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu Honda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu.

“Sampai di tempat kejadian, pemandu Honda dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar treler yang berada di lorong kiri.”

“Pemandu Honda kemudian berpusing masuk ke lorong kanan sebelum datang pemandu Proton dari arah belakang yang tidak sempat membrek lalu melanggarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, dua penumpang kereta Honda iaitu seorang ibu dan anak perempuannya berusia 52 dan 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

“Mangsa lain yang terlibat mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Bentong bagi menerima rawatan,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading