Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU DERA BAYI 10 BULAN DITAHAN

DALAM NEGARA

IBU DERA BAYI 10 BULAN DITAHAN

Polis menahan seorang wanita berumur 26 tahun di kediamannya di Petaling Jaya kerana disyaki mendera anak sendiri yang baru berumur 10 bulan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, Khamis lepas.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita berumur 26 tahun di kediamannya di Petaling Jaya kerana disyaki mendera anak sendiri yang baru berumur 10 bulan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini berkata kesan lebam dapat dilihat di seluruh badan bayi itu, dipercayai akibat penderaan.

Beliau berkata polis menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas menerima laporan daripada petugas Hospital Shah Alam, tempat bayi itu dirawat.

Katanya wanita itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading