Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASJID JAME’ BADLISHAH PEKAN YAN LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL DUA MINIT

DALAM NEGARA

MASJID JAME’ BADLISHAH PEKAN YAN LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL DUA MINIT

Penduduk di sekitar kawasan Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan perlu menggantikan puasa susulan azan Maghrib yang dilaungkan masjid itu pada 30 Mac lalu, terawal dua minit.

YAN: Penduduk di sekitar kawasan Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan perlu menggantikan puasa susulan azan Maghrib yang dilaungkan masjid itu pada 30 Mac lalu, terawal dua minit.

Timbalan Pengerusi masjid tersebut Ahmad Nasir berkata, pihaknya memohon maaf atas kesilapan berhubung kejadian yang disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.

Katanya, ibadah puasa para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid itu untuk berbuka puasa telah terbatal pada hari kejadian.

“Mereka yang terlibat perlu diganti atau diqada puasanya. Begitulah pandangan Jumhur ulama dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie.

“Ramai di kalangan ulama Hambali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada,” katanya dalam satu kenyataan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading