Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELEPAS ISTERI, SUAMI MAUT AKIBAT MAKAN IKAN BUNTAL

DALAM NEGARA

SELEPAS ISTERI, SUAMI MAUT AKIBAT MAKAN IKAN BUNTAL

Suami kepada wanita yang maut selepas makan hidangan ikan buntal pada bulan lalu, disahkan meninggal dunia hari ini.

Sumber Gambar: Facebook

KLUANG: Suami kepada wanita yang maut selepas makan hidangan ikan buntal pada bulan lalu, disahkan meninggal dunia hari ini.

Lapor media tempatan, mangsa yang koma, Eng Kuai Sin @ Ng Chuan Sing, 84, meninggal dunia selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), sejak 25 Mac lalu.

Pada 28 Mac lalu, media tempatan melaporkan isterinya Lim Siew Guan, 83, meninggal dunia selepas makan hidangan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon berkata, mangsa mula mengalami gejala sesak nafas dan menggigil sebelum dibawa ke hospital oleh anaknya.

Tambahnya suami mangsa turut mengalami gejala sama kira-kira sejam selepas isterinya mendapat gejala itu.

Difahamkan pasangan tersebut membeli ikan buntal itu menerusi laman Facebook daripada pembekal di Batu Pahat yang mendapatkan bekalan dari nelayan di Endau, dan ia merupakan kali pertama pasangan itu makan masakan berasaskan ikan buntal.

Ikan buntal atau ‘ikan fugu’ tergolong dalam satu daripada jenis racun semula jadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia.

Racun ‘Tetrodotoksin’ yang ada dalam ikan buntal merupakan racun yang boleh menyerang sistem saraf dan boleh membawa maut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading