AGONG ZAHIR DUKACITA, KUTUK SEKERAS-KERASNYA SERANGAN TERBAHARU REJIM ISRAEL
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu tentera rejim Israel terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu tentera rejim Israel terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata Seri Paduka menyifatkan tindakan itu sebagai perbuatan keji dan amat zalim serta tidak berperikemanusiaan lebih-lebih lagi kerana ia berlaku dalam bulan mulia yang sepatutnya aman.
“Seri Paduka turut menyifatkan tindakan tentera rejim Israel itu bukan sahaja menyalahi undang-undang malah mencabuli hak asasi manusia serta kesucian masjid itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa Malaysia dan rakyatnya sentiasa bersolidariti bersama Palestin serta menyeru rakyat untuk terus memperjuang prinsip keadilan dan sikap saling menghormati di samping menentang sebarang bentuk keganasan serta kezaliman sesama manusia.
Zahari berkata Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan sokongan terhadap ketetapan kerajaan yang menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), supaya rejim Israel bertanggungjawab ke atas jenayah keji itu dan segera membebaskan semua tahanan Palestin.
Al-Sultan Abdullah bertitah Malaysia menyokong dan berpegang teguh dengan pendiriannya selama ini bahawa rakyat Palestin berhak mendapat sebuah negara yang merdeka serta berdaulat berdasarkan garis sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara selaras dengan undang-undang dan inisiatif di peringkat antarabangsa.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Seri Paduka turut bertitah agar kerajaan memainkan peranan menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bersatu padu membantu menangani masalah yang dihadapi oleh Palestin.
Baginda turut menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk sama-sama berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing supaya rakyat Palestin dilindungi serta tanah air mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Israel.
“Seri Paduka turut menyeru masjid dan surau di negara ini serta rakyat yang beragama Islam untuk mengadakan solat sunat hajat serta doa selamat termasuk di kediaman sendiri bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager