Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESERTA HAFAZAN MALAYSIA RAIH KEMENANGAN DALAM MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN DI BRUNEI

DALAM NEGARA

PESERTA HAFAZAN MALAYSIA RAIH KEMENANGAN DALAM MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN DI BRUNEI

Dua peserta hafazan Malaysia telah mengharumkan nama negara selepas meraih kemenangan dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Negara MABIMS, yang berlangsung di Brunei pada 4 hingga 8 April.

Sumber Gambar: Facebook JAKIM & Pelita Brunei

SEPANG: Dua peserta hafazan Malaysia telah mengharumkan nama negara selepas meraih kemenangan dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Negara MABIMS, yang berlangsung di Brunei pada 4 hingga 8 April.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam hantaran Facebooknya berkata, Muhammad Asyraf Amir dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Menghafaz 10 Juzuk al-Quran.

Muhammad Asyraf mendapat markah 92.87 peratus diikuti naib johan yang dimenangi wakil dari Brunei dan tempat ketiga wakil dari Indonesia.

Beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai 4,000 Dolar Brunei (BND), piala serta hadiah iringan.

“Muhammad Asyraf merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Muar Johor berhasrat untuk melanjutkan pengajiannya ke Darul Quran JAKIM selepas tingkatan lima,” katanya.

Dalam pertandingan yang sama, Afifa Syakirah Mohd Radzi meraih tempat ketiga dalam kategori Menghafaz 30 Juzuk al-Quran.

Dalam kategori tersebut, wakil dari Indonesia telah mendapat Johan manakala Naib Johan diperoleh wakil dari Brunei.

Afifa Syakirah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai 4,000 BND, piala serta hadiah iringan.

“Afifa Syakirah merupakan Mahasiswi Tahun 3 Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya telah memilih Bahasa Arab sebagai bidang pengajiannya.

“Kejayaan mereka berdua telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sentiasa memartabatkan al-Quran dalam kehidupan ummah selaras dengan aspirasi Negara Madani,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading