Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU NAGAENTHRAN RAYU SELAMATKAN ANAKNYA DARIPADA TALI GANTUNG

DALAM NEGARA

IBU NAGAENTHRAN RAYU SELAMATKAN ANAKNYA DARIPADA TALI GANTUNG

“Nagaenthran. Selamatkan dia. Baru hati senang. Minta maaf dia sudah salah. Semua orang tolong.”

SINGAPURA: “Nagaenthran. Selamatkan dia. Baru hati senang. Minta maaf dia sudah salah. Semua orang tolong.”

ARTIKEL BERKAITAN – RAKYAT MALAYSIA EDAR DADAH DI SINGAPURA DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

Itulah kata-kata daripada seorang ibu Panchalai Supermaniam yang merayu agar anaknya warga Malaysia Nagaenthran K. Dharmalingam diselamatkan daripada hukuman gantung di Singapura pada minggu depan.

Video pendek oleh pertubuhan hak asasi manusia, Reprieve, itu telah disiarkan oleh peguam Singapura M Ravi di hantaran Facebooknya.

“Baru sahaja menerima berita yang menyayat hati bahawa Nagaentran akan dihukum gantung pada Rabu depan,” katanya dalam satu lagi catatan sebelum ini.

Mahkamah Rayuan Singapura pada 29 Mac telah menolak permohonan terakhir Nagaenthran terhadap pelaksanaan hukuman.

Ravi telah memberikan bantuan teknikal kepada peguam Nagaentran, Violet Netto.

Nagaenthran berasal dari Perak, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 2010 atas kesalahan menyeludup 42.72 gram dadah jenis diamorphine.

Peguam Nagaenthran mendakwa anak guamnya kurang upaya daripada segi intelek.

Nagaenthran, dijadualkan menjalani hukuman itu pada 10 Nov 2021, tetapi mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif COVID-19 ketika hadir mengemukakan rayuan terakhirnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading