Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAKYAT MALAYSIA EDAR DADAH DI SINGAPURA DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

DALAM NEGARA

RAKYAT MALAYSIA EDAR DADAH DI SINGAPURA DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang didapati bersalah menyeludup dadah ke Singapura, Nagaenthran Dharmalingam akan dikenakan hukuman gantung sampai mati, pada 27 April depan.

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang didapati bersalah menyeludup dadah ke Singapura, Nagaenthran Dharmalingam akan dikenakan hukuman gantung sampai mati, pada 27 April depan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam M Ravi menerusi akaun Facebooknya, hari ini

“Baru sahaja menerima berita yang menyayat hati bahawa Nagenthren akan dihukum gantung pada Rabu depan,” katanya.

Ujar M Ravi, keputusan tersebut tidak sepatutnya diberikan terhadap anak guamnya yang mengalami kecacatan mental.

Nagaenthran yang berasal dari Perak dijatuhkan hukuman mati pada 2010 selepas disabitkan kesalahan mengedar 42.72 gram dadah jenis heroin pada 2009 di Singapura yang diketahui antara negara mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia.

Kes Nagaenthran telah menarik perhatian dunia dan pada 7 November 2021, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah mengutus surat kepada rakan sejawatanya dari Singapura, Lee Hsien Loong untuk memohon kelonggaran berhubung kes terbabit.

Pada 3 Disember lalu, Presiden Singapura, Halimah Yacob berkata, Nagaenthran telah melalui segala proses mengikut undang-undang.

Nagaenthran dijadualkan menjalani hukuman gantung pada 10 November 2021, tetapi mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah dimaklumkan bahawa dia positif COVID-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: IBU NAGAENTHRAN RAYU SELAMATKAN ANAKNYA DARIPADA TALI GANTUNG – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading