Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENCERAMAH BEBAS TERLIBAT KES AMANG SEKSUAL FIZIKAL ANAK RAKAN DIBEBASKAN

DALAM NEGARA

PENCERAMAH BEBAS TERLIBAT KES AMANG SEKSUAL FIZIKAL ANAK RAKAN DIBEBASKAN

KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas yang ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas yang ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Suffian Sulaiman berkata, polis telah mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 61 tahun itu yang bermula semalam dan berakhir hari ini.

“Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan mengenai kes tersebut termasuk merekodkan keterangan daripada saksi-saksi lain,” katanya.

Semalam, media melaporkan penceramah tersebut ditahan di Balai Polis Ajil di Hulu Terengganu ketika hadir memberi keterangan pada Isnin 18 April.

Suspek didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia lima tahun yang juga merupakan anak rakannya di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu, pada Mac lalu.

“Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan.

“Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading