Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PECAH CERMIN MASJID GUNA BATU NISAN KUBUR DIBURU POLIS

DALAM NEGARA

LELAKI PECAH CERMIN MASJID GUNA BATU NISAN KUBUR DIBURU POLIS

Seorang lelaki yang bertindak memecahkan tingkap cermin menggunakan batu nisan di Masjid Al-Ittihad Sg Kob di sini, hari ini sedang diburu polis.

KULIM: Seorang lelaki yang bertindak memecahkan tingkap cermin menggunakan batu nisan di Masjid Al-Ittihad Sg Kob di sini, hari ini sedang diburu polis.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Redzuan Salleh berkata, kejadian tersebut disedari seorang ahli kariah masjid yang sedang bersiap untuk solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

“Batu nisan itu ditemui berada di saf hadapan di dalam masjid berkenaan dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kulim.

“Pemeriksaan polis mendapati ada tingkap cermin hadapan telah pecah akibat dibaling batu nisan ke dalam masjid,” katanya.

Polis telah menjalankan siasatan dan mendapati batu nisan tersebut dicabut dari tanah perkuburan bersebelahan masjid, katanya.

Mohd Redzuan berkata, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) berjaya mengesan suspek seorang lelaki yang memakai jaket dan berseluar jean warna biru ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 3 hingga 4 pagi.

Polis sedang menyiasat motif kejadian mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat terhadap rumah ibadat.

Polis dalam pada itu percaya ia tiada kaitan dengan isu agama.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: DENGAR BISIKAN GHAIB SURUH BALING BATU NISAN KE DALAM MASJID – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading