EMPAT PEGUAM PEMERHATI DIBENAR IKUTI PROSIDING BICARA KES ANIAYA BELLA
Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan empat peguam dilantik oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan empat peguam dilantik oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella.
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat memaklumkan bahawa beliau dan tiga lagi peguam telah dilantik untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Bella.
“Kami mohon untuk hadir bagi mengikuti perbicaraan kes ini dengan persetujuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun selepas beliau (Rina) menghadap Tunku Mahkota Johor semalam.
“Kami juga akan memohon untuk hadir sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah) bagi pihak anakanda Bella selain memohon mendapatkan transkrip rakaman mahkamah (CRT) untuk meneliti perbicaraan sebelum ini,” kata peguam itu.
Selain Khairul Anwar, tiga lagi peguam pemerhati itu ialah Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.
Sementara itu, Izralizam juga akan mempertimbangkan permohonan peguam berkenaan bagi mendapatkan CRT.
Semalam, Tunku Ismail berkenan mengemukakan tiga cadangan kepada kerajaan bagi memastikan kes penderaan seperti kes Bella tidak lagi berulang selepas mengadakan pertemuan dengan Rina di Royal Johor Polo Club di Johor Bahru.
Kes Bella tular di media sosial tahun lepas, selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan pertubuhan bukan kerajaan.
Susulan itu, Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Wanita itu, yang kini dibicarakan atas pertuduhan tersebut didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Turut hadir pada prosiding hari ini Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang mewakili komuniti orang kurang upaya (OKU) di Dewan Negara.
Sementara itu, Khairul Anwar dalam kenyataan medianya hari ini menzahirkan rasa syukur selepas mahkamah membenarkan permohonan untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Bella.
“Pihak kami juga mempertimbangkan untuk terlibat dengan lebih aktif dalam prosiding ini dengan membuat permohonan sebagai amicus curiae (sahabat mahkamah) sebaik kami menerima dokumentasi lengkap dan rekod perjalanan kes sebelum ini.
“Ia penting bagi kami untuk membantu pihak mahkamah dan pendakwa raya dalam mencapai keadilan buat anakanda Bella,” kata peguam itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager