KES BELLA: SAKSI NAFI DIBAYAR BERI KETERANGAN PALSU DI MAHKAMAH
Penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood hari ini menafikan dakwaan peguam bela, bahawa beliau dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah pada perbicaraan kes pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella.
KUALA LUMPUR: Penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood hari ini menafikan dakwaan peguam bela, bahawa beliau dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah pada perbicaraan kes pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella.
Saksi pendakwaan kelima berusia 19 tahun itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun, pada perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi.
Nur A’minahtul Mardiah: Yasmin telah dibayar oleh ‘Justice For Bella’ seperti yang dilihat oleh beberapa individu di hadapan mahkamah ini melalui ayah Yasmin, Jumaat lalu (15 April) ?
Yasmin: Tidak.
Yasmin juga menafikan bahawa beliau telah menipu di mahkamah dari hari pertama beliau memberikan keterangan di mahkamah kerana mahukan Siti Bainun dimasukkan ke penjara.
Yasmin juga menafikan kepada beberapa cadangan Nur A’minahtul Mardiah termasuk beliau takut kena dakwa di mahkamah dan ada orang takutkannya yang beliau boleh dipenjara 20 tahun jika tidak melawan Siti Bainun.
Yasmin juga menyatakan tidak kepada soalan Nur A’minahtul Mardiah bahawa beliau mempunyai perasaan iri hari terhadap Bella.
Pada prosiding sebelum ini, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun memijak lutut Bella dan disoal peguam itu hari ini berapa kali lutut bella dipijak dari Mac hingga Jun tahun lepas, saksi itu menjawab: Tidak pasti.
Nur A’minahtul Mardiah: Saya cadangkan berat Siti Bainun 150 kilogram, jadi kalau dia pijak lutut Bella boleh patah, tetapi laporan perubatan menyatakan lutut Bella tidak patah dan tidak retak, Yasmin tahu atau tidak? Yasmin menjawab: Tidak tahu.
Kepada soalan lain, Yasmin bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Bella perlu berdiri setiap hari atas arahan Siti Bainun.
Susulan itu, satu klip video ditayangkan yang mana peguam bertanya soalan apakah yang dilakukan oleh Bella dan saksi itu menjawab: Bella sedang mengutip nasi, Bella tidak berdiri dan tidak duduk.
Nur A’minahtul Mardiah mencadangkan sekiranya Bella disuruh berdiri setiap masa, remaja sindrom down itu akan mengalami ‘inflammation’ atau keradangan di lutut serta kaki tidak boleh bergerak. Yasmin menjawab: Tidak tahu.
Dalam prosiding hari ini, mahkamah telah menayangkan satu klip video yang memaparkan Bella mula-mula ditemui oleh pengadu kes ini iaitu saksi pendakwaan pertama Zurianty Sudin, 39, bagaimanapun, pihak media dan orang awam tidak dibenarkan berada dalam mahkamah.
Sejurus tayangan video selesai ditayangkan, Nur A’minahtul Mardiah bertanya kepada saksi itu apabila Zurianty merakam video tersebut tiada satu kali pun Bella menyebut nama Siti Bainun, ‘bonda’ atau apa-apa panggilan lain dan Yasmin menjawab: Ya, betul.
Yasmin kemudian bersetuju dengan cadangan peguam bahawa dalam rakaman itu Zurianty atau lebih dikenali sebagai ‘Mommy’ ada bertanyakan kepada Bella siapa yang mengikat remaja itu dan Bella menjawab: ‘Shomin’.
Nur A’minahtul Mardiah: Yasmin kata semua terkejut sebab Mommy Zu (Zurianty) tiba-tiba datang dan kemudian buat rakaman dan Yasmin menjawab: Betul.
Nur A’minahtul Mardiah: Jadi jawapan Bella yang sebut nama ‘Shomin’ juga spontan? Yasmin menjawab: Ya.
Dalam keterangan sebelum ini, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa ‘Shomin’ itu merujuk kepada dirinya.
Sementara itu, Yasmin berkata Bella tidak memberikan sebarang reaksi ketika minum satu penutup cecair pelembut pakaian jenama Softlan.
“Tak ada (reaksi). Dia minum sahaja, lepas itu dia diam,” kata saksi itu yang kemudiannya bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tiada pelembut pakaian jenama Softlan digunakan di rumah itu sebaliknya pelembut pakaian jenama Downy.
Yasmin juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa semua cerita mengenai Bella makan nasi bercampur cuka dan makan cili adalah satu cerita yang disatukan daripada cerita-cerita di Facebook dan beliau juga tidak bersetuju bahawa beliau kena pastikan semua cerita selari dengan yang apa yang diperkatakan bagi mengelakkan ‘Justice For Bella’ menjadi malu.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager