Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA MASJID UTAMA LAKSANA DOA QUNUT NAZILAH DEMI KEAMANAN PALESTIN – JAKIM

DALAM NEGARA

TIGA MASJID UTAMA LAKSANA DOA QUNUT NAZILAH DEMI KEAMANAN PALESTIN – JAKIM

Tiga masjid utama iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah semasa solat sunat witir setiap malam bermula malam ini.

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Tiga masjid utama iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah semasa solat sunat witir setiap malam bermula malam ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia merupakan inisiatif jabatan itu khusus untuk keselamatan dan keamanan di bumi Palestin.

“Umum mengetahui konflik di Palestin telah berlangsung sejak sekian lama. Terkini Masjidil Aqsa diceroboh dalam keadaan umat Islam sedang memberi tumpuan beribadah di bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya.

Beliau berkata JAKIM turut memohon kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia untuk bersama-sama mengadakan bacaan doa Qunut Nazilah di semua masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing.

Lebih 100 rakyat Palestin dilaporkan cedera dalam pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin apabila tentera Zionis menyerbu perkarangan masjid di Baitulmaqdis selepas solat Subuh pada Jumaat (15 April).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading