Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAPAT DUIT BELANJA SEKOLAH

DALAM NEGARA

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAPAT DUIT BELANJA SEKOLAH

Masjid Sharifah Fatimah di Kg Kemunting Baru memberikan duit belanja sekolah bagi pelajar yang hadir menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid tersebut pada setiap hari persekolahan.

Langkah itu sebagai salah satu usaha bagi menarik anak muda untuk hadir solat Subuh berjemaah di masjid.

JITRA: Masjid Sharifah Fatimah di Kg Kemunting Baru memberikan duit belanja sekolah bagi pelajar yang hadir menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid tersebut pada setiap hari persekolahan.

Berdasarkan perkongsian di akaun Facebook masjid tersebut, langkah itu sebagai salah satu usaha bagi menarik anak muda untuk hadir solat Subuh berjemaah di masjid.

“Pihak masjid menyediakan duit belanja sekolah buat anak-anak yang hadir solat Subuh pada setiap hari persekolahan.

“Jom ‘pakat’ bawa anak ‘mai’ masjid. Semoga sedikit usaha ini boleh menarik minat anak muda mencintai masjid,” katanya.

Usaha pemberian duit sekolah tersebut dimaklumkan telah bermula sejak sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Sementara itu rata-rata orang awam menyokong usaha yang dilakukan masjid tersebut.

“Itulah contoh pendorong terbaik bagi menarik minat pelajar hadir ke masjid untuk berjemaah. Mereka pelapis yang akan mewarisi kita (yang berumur) untuk mengimarahkan masjid.

“Hari Jumaat pula boleh berikan duit kepada fakir miskin, jadikan masjid sebagai tempat orang ramai mengadu bila hilang punca (pendapatan). Insyaallah lebih ramai akan hadir ke masjid,” antara komen yang memberi respon kepada hantaran tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading