Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IRAN: SERANGAN KE ATAS ISRAEL TINDAK BALAS MEMPERTAHANKAN DIRI

DUNIA

IRAN: SERANGAN KE ATAS ISRAEL TINDAK BALAS MEMPERTAHANKAN DIRI

Memetik Artikel 51 Piagam PBB, Iran menegaskan republik itu mempunyai hak untuk mempertahankan diri susulan serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu.

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Iran dan bendera Palestin ketika mereka berkumpul di hadapan Kedutaan British di Tehran selepas Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel. -foto AFP

NEW YORK: Wakil tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir Saeid Iravani menyifatkan serangannya ke atas Israel sebagai mengikut lunas undang-undang.

Memetik Artikel 51 Piagam PBB, Iran menegaskan republik itu mempunyai hak untuk mempertahankan diri susulan serangan Israel ke atas bangunan konsulatnya di Damsyik, Syria pada 1 April lalu.

Dalam kejadian itu, pesawat perang Israel mengebom bangunan tambahan konsulat dan membunuh tujuh pegawai termasuk komander tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).

“Malangnya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah gagal dalam tugasnya untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, membenarkan rejim Israel melanggar garis merah dan melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa.”

“Pelanggaran sedemikian telah memburukkan lagi ketegangan di rantau ini yang mengancam keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa,” jelas wakil Iran itu dalam satu kenyataan.

Dalam catatan di laman X, wakil Iran turut memberi amaran kepada Amerika Syarikat supaya menjauhkan diri daripada konflik Iran-Israel.

Tehran memulakan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Israel dengan gelombang dron dan peluru berpandu.

Ia disifatkan sebagai serangan balas ke atas tindakan Israel ke atas kepentingannya.

Dalam perkembangan sama, duta Israel ke PBB memohon mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk mengecam serangan Iran.

Gilad Erdan mengemukakan permohonan kepada pengerusi UNSC Malta, untuk mendesak mesyuarat diadakan segera bagi membolehkan tindakan melabel Tentera Revolusi Iran (IRGC) sebagai organisasi pengganas. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading