TEMBAKAN DI KLIA: SUSPEK MILIKI TIGA REKOD JENAYAH LAMPAU
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dua daripadanya berkaitan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan satu kes di bawah Seksyen 380/170 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menunjukan gambar suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi. –fotoBERNAMA
SEPANG: Lelaki yang melepaskan dua das tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dua daripadanya berkaitan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan satu kes di bawah Seksyen 380/170 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.
Beliau berkata mangsa iaitu isteri suspek sebelum ini membuat dua laporan di bawah Seksyen 506 pada 2016 dan 2023.
“Laporan berkaitan Seksyen 506 terbaharu pada Disember lepas. Hasil laporan itu, suspek ditangkap polis. Kami hantar kertas siasatan namun ada beberapa arahan lain perlu dilaksanakan. Mengambil (iktibar) insiden terakhir isteri suspek menggaji pengawal peribadi,” katanya pada sidang media selepas meninjau lapangan terbang berkenaan hari ini.
Mohd Shuhaily berkata berdasarkan siasatan awal, motif kejadian adalah disebabkan masalah peribadi antara lelaki terbabit dan isterinya yang dipercayai dalam peringkat awal kehamilan.
Menurut Mohd Shuhaily pasangan suami isteri itu juga dikatakan dalam proses bercerai.
Beliau berkata jarak lelaki itu melepaskan tembakan ke arah isterinya antara tiga hingga empat meter.
“Kejadian kira-kira 1.20 pagi di pintu masuk ketibaan KLIA Terminal 1 dilakukan suspek yang mulanya melempar mercun hingga mencederakan dua orang awam, sebelum nekad menghampiri mangsa (isteri) yang diiringi dua pengawal peribadi,” katanya.
Satu das tembakan, katanya tersasar namun satu lagi terkena seorang daripada pengawal peribadi terbabit dan lelaki itu kemudian melarikan diri dengan kereta yang diparkir di aras dua Blok C.
Mohd Shuhaily berkata pengawal peribadi yang terkena tembakan pada perut berada dalam keadaan kritikal.
Beliau berkata proses mengambil keterangan daripada hampir 30 individu yang berada di sekitar balai ketibaan KLIA 1 sedang dilakukan termasuk mangsa, pengawal peribadi, polis bantuan serta orang awam.
Menurut Mohd Shuhaily mangsa memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA dan dia ditenangkan susulan kes tembakan itu.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked