Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ISRAEL MINTA MAJLIS KESELAMATAN PBB ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR BERIKUTAN SERANGAN IRAN

DUNIA

ISRAEL MINTA MAJLIS KESELAMATAN PBB ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR BERIKUTAN SERANGAN IRAN

Perwakilan Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu meminta satu mesyuarat Majlis Keselamatan berikutan serangan udara Iran ke atas Israel.   

Gilad Erdan -foto AFP

WASHINGTON: Perwakilan Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu meminta satu mesyuarat Majlis Keselamatan berikutan serangan udara Iran ke atas Israel.   

“Saya mengesahkan permintaan Israel untuk  mengadakan satu mesyuarat Majlis Keselamatan dengan segera untuk mengutuk Iran di atas serangan itu dan menamakan Pengawal Revolusi Iran sebagai pertubuhan pengganas,” kata Dutanya Gilad Erdan dalam hantaran di laman X,lapor Agensi Anadolu.

Serangan Iran merupakan satu “serangan serius” kepada keamanan dan keselamatan global, katanya dan berharap Majlis Keselamatan akan menggunakan segala pendekatan untuk mengambil tindakan yang konkrit terhadap Iran.  

Beliau berkata Iran melancarkan serangan terus dari wilayahnya dengan lebih daripada 200 dron, peluru berpandu dan misil balistik ke atas Israel, yang jelas melanggar Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa. 

“Iran juga secara umum berbangga dengan serangan itu.  Peningkatan serangan itu adalah serius dan berbahaya,” katanya. 

Perwakilan Tetap Malta di PBB yang juga  Presiden Majlis Keselamatan untuk April berkata mereka dijangka mengadakan mesyuarat itu pada pukul 4 petang Ahad waktu tempatan.   

Iran memulakan serangan udara ke atas Israel  pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap serangan udara pada 1 April  ke atas Kedutaan Iran di Damsyik, Syria. Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh staf Kor Pengawal Revolusi Iran termasuk dua jeneral utama.

Tehran mendakwa Israel melakukan serangan itu dan berikrar akan bertindak balas.  Tel Aviv tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu secara rasmi  tetapi ia telah berbulan-bulan melakukan beberapa serangan yang menyasarkan kepentingan Iran di seluruh Syria.

Iran dan sekutu rapatnya di Lubnan, Hezbollah sebelum ini berkata mereka tidak akan berdiam diri terhadap serangan itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading