Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata Hafizul Harawi, 38, diminta memberi kerjasama dengan menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menunjukan gambar suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi. –fotoBERNAMA
SEPANG: Polis menyarankan suspek yang diburu bagi membantu siasatan berkaitan kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi supaya menyerah diri secara aman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata Hafizul Harawi, 38, diminta memberi kerjasama dengan menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata polis telah melancarkan operasi mengesan Hafizul selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejaknya.
“Saya amat menyarankan suspek supaya dapat memberi kerjasama dengan menyerah diri secara aman kepada mana-mana balai polis. Dalam konteks ini pihak polis mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan berbahaya.
“Justeru, orang awam yang melihat suspek diminta berkongsi maklumat namun jangan bertindak sendiri,” katanya pada sidang media selepas meninjau situasi lapangan terbang berkenaan di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata lelaki terbabit tidak mempunyai permit memiliki senjata api dan dipercayai senjata itu diperoleh secara haram.
Beliau berkata kejadian itu dipandang serius memandangkan KLIA Terminal 1 merupakan tempat awam dan penting.
“Kehadiran saya (tinjauan) ambil kira perkara itu. Kejadian (itu) bukan kali pertama, namun kawalan keselamatan lebih khusus dan terperinci akan dikaji selepas ini,” katanya.
Mohd Shuhaily menasihati orang ramai supaya tidak gusar terhadap tahap keselamatan KLIA Terminal 1 memandangkan insiden itu bukan secara rambang tetapi lebih kepada agenda peribadi.
Terdahulu dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek cedera akibat terkena tembakan berkenaan dan kini dirawat di sebuah hospital. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests