Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL SEKAT KEMASUKAN HAIWAN KORBAN BAGI SAMBUTAN AIDILADHA DI GAZA

DUNIA

ISRAEL SEKAT KEMASUKAN HAIWAN KORBAN BAGI SAMBUTAN AIDILADHA DI GAZA

Pejabat itu memaklumkan “Pasukan pendudukan melakukan jenayah baharu” dengan menghalang kemasukan haiwan korban menerusi penutupan semua lintasan Semenanjung Gaza, termasuk lintasan sempadan Rafah dan lintasan Kerem Shalom.

Gambar fail (AFP)

BANDARAYA GAZA: Sekatan terbaharu Israel menyebabkan ratusan ribu keluarga di Semenanjung Gaza tidak berpeluang melakukan ibadah korban bagi Aidiladha tahun ini, menurut kenyataan pejabat media Gaza pada Sabtu.

Pejabat itu memaklumkan “Pasukan pendudukan melakukan jenayah baharu” dengan menghalang kemasukan haiwan korban menerusi penutupan semua lintasan Semenanjung Gaza, termasuk lintasan sempadan Rafah dan lintasan Kerem Shalom.

Pejabat media berkata larangan ini merupakan “satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam”, lapor Agensi Anadolu.

“Tanggungjawab moral dan undang-undang memerlukan masyarakat antarabangsa untuk melakukan campur tangan secara serius bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan menghentikan pencabulan hak dan hak asasi umat Islam secara terang-terangan,” menurut kenyataan itu.

Hampir 37,300 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Oktober tahun lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 85,200 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading