Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIDAK SEMPAT PULANG BERAYA, LELAKI MAUT DIREMPUH KETIKA BEREHAT TEPI JALAN

DALAM NEGARA

TIDAK SEMPAT PULANG BERAYA, LELAKI MAUT DIREMPUH KETIKA BEREHAT TEPI JALAN

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori di kilometer (KM) 25 Jalan Lipis-Benta, awal pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

LIPIS: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori di kilometer (KM) 25 Jalan Lipis-Benta, awal pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata, mangsa, Mohamed Suhamel Ismail, 24, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.30 pagi di lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kepong, Kuala Lumpur menuju ke kampungnya di Kampung Bertam, Gua Musang manakala pemandu lori berusia 29 tahun dari Klang, Selangor menuju ke Tanah Merah, Kelantan untuk menghantar muatan tilam.

“Apabila tiba di tempat kejadian iaitu bulatan Benta, lori terbabit dikatakan telah mengelak sebuah kereta yang rosak di tengah bulatan sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Lori tersebut kemudian merempuh penunggang motosikal yang dipercayai sedang berehat. Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian boleh tampil untuk membantu siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading