Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NENEK, CUCU DIPERCAYAI HILANG, SESAT DALAM KEBUN DURIAN

DALAM NEGARA

NENEK, CUCU DIPERCAYAI HILANG, SESAT DALAM KEBUN DURIAN

Kedua-duanya yang berusia 62 tahun dan 12 tahun itu difahamkan telah pergi ke kebun kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

KUALA KUBU BHARU: Seorang wanita warga emas dan cucu perempuannya dipercayai hilang selepas disyaki sesat dalam kebun durian, di Kampung Buluh Telur, di sini tengah hari tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – NENEK, CUCU HILANG DALAM KEBUN DURIAN, DITEMUI SELAMAT

Kedua-duanya yang berusia 62 tahun dan 12 tahun itu difahamkan telah pergi ke kebun kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, pihaknya mendapat panggilan kecemasan kira-kira jam 3.12 petang tadi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

“Warga emas itu dilaporkan telah menghubungi anak sulungnya dan menyatakan mereka telah tersesat.

“Anaknya kemudian membuat laporan kehilangan itu kepada pihak polis pada jam 3 petang,” katanya hari ini.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan namun terpaksa ditangguhkan atas faktor gelap dan cuaca hujan di lokasi.

Pihak bomba memaklumkan operasi SAR akan disambung pada jam 8 pagi esok (Isnin).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: NENEK, CUCU HILANG DALAM KEBUN DURIAN, DITEMUI SELAMAT – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading