Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NENEK, CUCU HILANG DALAM KEBUN DURIAN, DITEMUI SELAMAT

DALAM NEGARA

NENEK, CUCU HILANG DALAM KEBUN DURIAN, DITEMUI SELAMAT

Lokasi mangsa telah berjaya dikesan melalui panggilan telefon hasil daripada maklumat waris mangsa.

KUALA KUBU BHARU: Seorang wanita warga emas dan cucu perempuannya yang dilaporkan hilang selepas disyaki sesat dalam kebun durian, di Kampung Buluh Telur, di sini semalam, ditemui selamat, pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – NENEK, CUCU DIPERCAYAI HILANG, SESAT DALAM KEBUN DURIAN

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 62 tahun dan 12 tahun itu berjaya ditemui kira-kira jam 9.30 pagi.

“Anggota penyelamat telah sampai di ‘check point’ pertama iaitu penghujung laluan bermotor kawasan mereka dilaporkan hilang.

“Perjalanan ke lokasi mangsa mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan daripada ‘check point’ pertama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, lokasi mangsa telah berjaya dikesan melalui panggilan telefon hasil daripada maklumat waris mangsa.

Katanya operasi SAR pihak bomba itu turut bekerjasama dengan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: NENEK, CUCU DIPERCAYAI HILANG, SESAT DALAM KEBUN DURIAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading