Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL TAHAN IMAM MASJID AL-AQSA

DUNIA

ISRAEL TAHAN IMAM MASJID AL-AQSA

Polis Israel menahan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri kerana berkabung atas kematian ketua politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Sheikh Ekrima Sabri – foto Anadolu

ANKARA: Polis Israel pada Jumaat menahan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri kerana berkabung atas kematian ketua politik Hamas, Ismail Haniyeh, lapor Agensi Anadolu.

Hamas dan Iran menuduh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan Haniyeh pada Rabu, tetapi Tel Aviv belum mengesahkan atau menafikan keterlibatannya.

Saksi mendakwa polis Israel menyerbu rumah Imam itu di Baitulmaqdis Timur dan menahannya, lapor Agensi Anadolu.

Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa, Sabri mengetuai solat jenazah ghaib untuk Haniyeh.

“Penduduk Baitulmaqdis dan sekitarnya dari mimbar Masjid Al-Aqsa yang diberkati berkabung atas syahidnya Ismail Haniyeh,” katanya dalam khutbah.

Selepas khutbah, polis Israel menjalankan siasatan sama ada kenyataan itu merupakan “hasutan” dan akan bertindak sewajarnya.

Sumber video: Media sosial

Imam berusia 85 tahun itu pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.

Sabri adalah pengkritik tegar terhadap pendudukan Israel di wilayah Palestin yang berlanjutan selama beberapa dekad.

Beliau pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading