Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HENTI MANIPULASI ISU SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH – FADHLINA

DALAM NEGARA

HENTI MANIPULASI ISU SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH – FADHLINA

Kementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan semua pihak supaya berhenti daripada terus memanipulasi isu berkaitan penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (kiri) bersama Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S Sivasundaram (kanan) pada Pelancaran Program FIFA ‘Footbal For School & Woman Football’ di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek hari ini. — fotoBERNAMA

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan semua pihak supaya berhenti daripada terus memanipulasi isu berkaitan penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.

Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata ini kerana pihaknya beranggapan isu terbabit telah selesai dan KPM menghormati keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan garis panduan sedia ada.

“Saya rasa isu ini telah selesai dan kita kekal bersama dengan keputusan Jemaah Menteri (mengekalkan garis panduan bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah).

“Jadi, saya harap ia tidak berbangkit lagi dan kita tumpukan kepada isu pembangunan pendidikan yang lebih utama ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bola Sepak untuk Sekolah FIFA dan Kempen Bola Sepak Wanita FIFA di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk S Sivasundaram.

Kontroversi berkenaan sumbangan kepada sekolah tercetus bulan lepas apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu menyertai acara kutipan dana sebuah sekolah Cina yang menerima sumbangan syarikat minuman keras.

Sehubungan itu, KPM memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan garis panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah pada 26 Julai lepas.

Panduan itu antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading