ISU LADANG TERNAKAN BABI: PM ANWAR SYOR PROJEK DIBATALKAN DAHULU, PERTIMBANG KAWASAN BAHARU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan supaya projek ternakan babi berpusat di Bukit Tagar, Selangor yang menimbulkan keresahan masyarakat setempat dibatalkan terlebih dahulu ataupun dipindahkan di kawasan baharu yang lebih baik.
BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan supaya projek ternakan babi berpusat di Bukit Tagar, Selangor yang menimbulkan keresahan masyarakat setempat dibatalkan terlebih dahulu ataupun dipindahkan di kawasan baharu yang lebih baik.
Anwar berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagi mendapatkan penyelesaian terbaik berhubung isu itu.
Beliau berkata isu berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya hari ini, susulan ia menimbulkan keresahan rakyat di kawasan tersebut.
“Saya akan bincang dengan Menteri Besar Selangor dan bagi pandangan supaya kalau boleh batalkan dulu projek itu dan pertimbangkan kalau boleh kawasan yang lebih baik dengan syarat teknologi itu terjamin.
“Kalau pun teknologi itu terbaik, tetapi di kawasan yang menimbulkan kesan (keresahan) itu, tentu tidak wajar diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata meskipun isu tersebut di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan tetap prihatin kerana perkara berkenaan menimbulkan keresahan umum.
“Kita tidak boleh pandang ringan dan menganggap perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah,” kata beliau.
Sebelum ini, Amirudin dilapor berkata Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengenal pasti lokasi alternatif bagi menggantikan Bukit Tagar sebagai tapak baharu pemindahan ladang ternakan babi berpusat di negeri itu.
Bagaimanapun, Amirudin berkata kerajaan negeri kekal terbuka dan memberi ruang kepada semua pihak untuk sebarang perbincangan bagi memastikan pelaksanaan sistem ternakan yang lebih teratur serta komprehensif.
Pada 10 Jan lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi sementara penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.
Baginda bertitah pihak istana tidak bersetuju terutamanya wujud kemungkinan membabitkan pengenalan babi berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests