Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUKUNGAN AWAL SUKAR DIBERIKAN JIKA TIADA JAMINAN UNTUK GAZA – PM ANWAR

DALAM NEGARA

DUKUNGAN AWAL SUKAR DIBERIKAN JIKA TIADA JAMINAN UNTUK GAZA – PM ANWAR

Malaysia sukar menyatakan sokongan awal terhadap cadangan penubuhan Lembaga Keamanan bagi Gaza sekiranya tiada jaminan yang jelas dan tegas berhubung nasib rakyat Palestin, terutama di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sumber: BERNAMA

BANGI: Malaysia sukar menyatakan sokongan awal terhadap cadangan penubuhan Lembaga Keamanan bagi Gaza sekiranya tiada jaminan yang jelas dan tegas berhubung nasib rakyat Palestin, terutama di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Kita bagi pandangan. Kita ikuti dan kita agak sukar (beri dukungan) melainkan ada jaminan yang betul-betul baik dan tegas soal rakyat Gaza dan Palestin.

“(Soal) pengiktirafan (dan) menghentikan sama sekali serangan ganas yang biadab oleh rejim Israel dan memulihkan bantuan kemanusiaan. Ini belum dilakukan, jadi kita sukar untuk memberikan dukungan awal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar berkata Malaysia memilih untuk berhati-hati sebelum menyatakan sebarang sokongan terhadap penubuhan Lembaga Keamanan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, yang bertujuan menamatkan perang di Gaza.

Perdana Menteri berkata kerajaan setakat ini belum memperoleh maklumat yang jelas berhubung penubuhan lembaga berkenaan.

Pada 16 Jan lepas, Trump mengumumkan penubuhan sebuah Lembaga Keamanan untuk Gaza sebagai elemen utama fasa kedua rancangan bagi menamatkan perang di wilayah Palestin itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading