Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNTUT UNIVERSITI DIDAKWA MABUK, REMPUH PALANG KESELAMATAN PINTU ISTANA NEGARA 

DALAM NEGARA

PENUNTUT UNIVERSITI DIDAKWA MABUK, REMPUH PALANG KESELAMATAN PINTU ISTANA NEGARA 

Seorang penuntut universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol hingga merempuh palang keselamatan di Pintu 2, Istana Negara.

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol hingga merempuh palang keselamatan di Pintu 2, Istana Negara.

Mengikut pertuduhan M. Kajen, 22, didakwa memandu kereta jenis Toyota Vios dengan kandungan alkohol dalam badan 166 milligram (mg) per 100 mililiter darah, iaitu melebihi had dibenarkan.

Kesalahan itu dilakukan di Pintu 2, Istana Negara, di Jalan Changkat Semantan, di sini, kira-kira 3.50 pagi tadi dan didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun serta hilang kelayakan lesen hingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Shazwan Hasifi Shahrun menawarkan jaminan RM10,000, bagaimanapun tertuduh merayu jumlah jaminan minimum kerana masih menyambung pengajian dalam peringkat ijazah selain bukan berasal daripada keluarga yang berpendapatan tinggi. 

Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh sebutan kes untuk serahan dokumen.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 3.30 pagi semasa lelaki berusia 21 tahun itu memandu Toyota Vios dari arah Bukit Damansara. 

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu yang menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kereta dan bollard pole serta barrier gate.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading