Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAIS SIASAT ADUAN FAHMI FADZIL BERUCAP DALAM MASJID

DALAM NEGARA

JAIS SIASAT ADUAN FAHMI FADZIL BERUCAP DALAM MASJID

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat aduan berhubung Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang sedang berucap di ruang solat Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, semalam, seperti dilihat dalam beberapa gambar tular di media sosial.

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat aduan berhubung Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang sedang berucap di ruang solat Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, semalam, seperti dilihat dalam beberapa gambar tular di media sosial.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN – POLIS SIASAT KES FAHMI BERUCAP DALAM MASJID

“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

“Pihak JAIS telah menjalankan siasatan dengan memanggil Nazir Masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan.

Dalam pada itu, JAIS menegaskan semua calon parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk berhati-hati ketika berada di dalam dan kawasan masjid atau surau.

Ia bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan yang melanggar titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta ketetapan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar titah Sultan Selangor dan arahan MAIS,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: POLIS SIASAT KES FAHMI BERUCAP DALAM MASJID – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading