Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT KES FAHMI BERUCAP DALAM MASJID

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT KES FAHMI BERUCAP DALAM MASJID

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung gambar tular Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap di ruang solat Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Gambar tular.

SERDANG: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung gambar tular Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap di ruang solat Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN – JAIS SIASAT ADUAN FAHMI FADZIL BERUCAP DALAM MASJID

“Kita sudah mendapatkan rakaman ucapan dalam masjid berkenaan dan akan menelitinya untuk siasatan lanjut.

“Kita akan beri maklum balas serta perkembangan mengenai kes terbabit dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor media hari ini.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat aduan berhubung Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang sedang berucap di ruang solat Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang.

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara tersebut.

JAIS menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

Bagaimanapun Fahmi dalam hantaran di Twitternya menafikan bahawa beliau menggunakan masjid untuk berkempen.

Sebaliknya beliau singgah di masjid tersebut bagi menunaikan solat Zohor kerana berdekatan dengan lokasi program seterusnya.

Tambahnya beliau turut dijemput oleh kariah masjid untuk mengulas sedikit isu kumpulan muzik The 1975.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: JAIS SIASAT ADUAN FAHMI FADZIL BERUCAP DALAM MASJID – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading