Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LAPAN PENGIKUT AJARAN THE AHMADI SERTAI HIMPUNAN LGBT DI SOGO

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LAPAN PENGIKUT AJARAN THE AHMADI SERTAI HIMPUNAN LGBT DI SOGO

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan lelaki disyaki terlibat perhimpunan menyokong hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di hadapan pusat beli belah Sogo, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan lelaki disyaki terlibat perhimpunan menyokong hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di hadapan pusat beli belah Sogo, di sini Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN – JAWI SIASAT HIMPUNAN PROMOSI LGBT, AJARAN AHMADI DI SOGO

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua suspek terlibat yang berusia lingkungan 18 hingga 56 tahun itu ditahan pada hari kejadian.

Siasatan terhadap kesemua suspek mendapati mereka merupakan pengikut ajaran ‘The Ahmadi Religion of Peace and Light’ sejak dua tahun lalu.

“Suspek yang menyertai perhimpunan mengatakan di Malaysia ini hak-hak LGBT disekat, mereka melaungkan ‘down syariah court’ sambil memegang kain rentang.

“Salah seorang suspek baru saja ditahan di sebuah masjid sekitar Putrajaya dua minggu lalu kerana mengedarkan risalah berkaitan kepercayaan mereka,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Suspek terlibat disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mohd Shuhaily mengulas, pihaknya telah merakam keterangan 11 saksi berkait kes dan kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: JAWI SIASAT HIMPUNAN PROMOSI LGBT, AJARAN AHMADI DI SOGO – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading