Connect with us

ALHIJRAH NEWS

HALUSINASI DADAH DIPERCAYAI PUNCA ANAK JERUT IBU HINGGA MAUT

DALAM NEGARA

HALUSINASI DADAH DIPERCAYAI PUNCA ANAK JERUT IBU HINGGA MAUT

Seorang lelaki yang bertindak menjerut leher ibunya hingga maut di sebuah rumah di Banting, Jumaat lalu, dipercayai akibat halusinasi selepas mengambil dadah.

BANTING: Seorang lelaki yang bertindak menjerut leher ibunya hingga maut di sebuah rumah di Banting, Jumaat lalu, dipercayai akibat halusinasi selepas mengambil dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek berusia lingkungan 20-an positif dadah methamphetamine.

“Punca kejadian dipercayai kerana halusinasi dadah.

“Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi termasuk ahli keluarga mangsa,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Terdahulu suspek direman tujuh hari sehingga 20 November untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jumaat lalu, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999, kira-kira jam 1 petang.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia 50-an dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher sebelum polis menahan anak lelaki mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top