DALAM NEGARA
ISMAIL LASIM LETAK JAWATAN SEBAGAI MB NEGERI SEMBILAN
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar negeri itu.
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail Lasim yang telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Negeri Sembilan Duli Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir bertarikh 16 November 2026.
“BN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti Datuk Ismail Lasim sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.
“BN berharap keputusan ini dapat membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik serta memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu BN akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan secara teratur, selain mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri serta perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Katanya Pengerusi BN akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Seorang lelaki yang bertindak menjerut leher ibunya hingga maut di sebuah rumah di Banting, Jumaat lalu,...
Barisan Nasional (BN) tidak mahu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya di negeri lain meskipun mencatat momentum positif...
Anthony Loke menegaskan Parlimen tidak perlu dibubarkan lebih awal selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mendapat...
MCMC sedang meneliti kemungkinan mewajibkan WhatsApp mengesahkan identiti dan nombor telefon pengguna sebagai langkah tambahan membendung...
Seorang peserta Himpunan 125ZR Members 2.0 maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)