Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MENTERI AGAMA TAWAN GUNUNG KINABALU, PASANG PENANDA ARAH KIBLAT MUDAHKAN IBADAH PENDAKI

DALAM NEGARA

MENTERI AGAMA TAWAN GUNUNG KINABALU, PASANG PENANDA ARAH KIBLAT MUDAHKAN IBADAH PENDAKI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mencipta pencapaian tersendiri apabila berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah, sekali gus menjadi antara menteri Kabinet yang pernah menawan gunung tertinggi di Malaysia itu.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mencipta pencapaian tersendiri apabila berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah, sekali gus menjadi antara menteri Kabinet yang pernah menawan gunung tertinggi di Malaysia itu.

Misi pendakian berkenaan turut disertai beberapa kakitangan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta agensi-agensi agama.

Menurut hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Facebook hari ini, misi berkenaan turut menyaksikan pemasangan penanda arah kiblat di beberapa hentian rehat bagi memudahkan pendaki menunaikan ibadah.

Penanda arah kiblat berkenaan telah disemak dan disahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sabah, katanya.

“Misi ini turut diserikan dengan sesi ramah mesra dan penyampaian sumbangan kepada para malim gunung di Kinabalu Park sebagai penghargaan atas jasa mereka membantu serta menjaga keselamatan pendaki.

“Program bersama komuniti di Kampung Mesilou, Kundasang yang telah berlangsung juga pastinya meninggalkan kenangan terindah antara penduduk setempat dengan warga agensi agama,” menurut hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hari ini.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), misi berkenaan bukan sekadar kejayaan menawan puncak, malah membawa mesej bahawa amanah dakwah dan kebajikan masyarakat boleh dilaksanakan dalam pelbagai medan, termasuk sepanjang perjalanan mendaki gunung.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top