JAKIM ARAH MASJID, SURAU ADAKAN SOLAT HAJAT UNTUK MASJID AL-AQSA
Semua masjid dan surau di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah mengadakan solat hajat sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan dan kesejahteraan Masjid Al-Aqsa serta rakyat Palestin.
KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah mengadakan solat hajat sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan dan kesejahteraan Masjid Al-Aqsa serta rakyat Palestin.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, solat hajat itu juga bertujuan memohon perlindungan Allah SWT atas segala ujian dan musibah yang dihadapi umat Islam di bumi Palestin.
Beliau turut menyeru semua Jabatan Agama Islam Negeri mengambil inisiatif yang sama dengan menganjurkan solat hajat dan doa munajat di seluruh negara.
“Marilah kita, seluruh umat Islam, memperkukuh doa, solidariti dan sokongan moral terhadap perjuangan mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang menjadi lambang maruah serta kesucian umat Islam sejagat,” katanya.
Mohd Na’im turut menzahirkan rasa dukacita dan kebimbangan terhadap laporan terbaharu media antarabangsa mengenai keadaan Masjid Al-Aqsa yang kini berdepan risiko keruntuhan akibat kerja-kerja penggalian agresif oleh rejim Zionis Israel di sekitar dan bawah kawasan Kota Lama Baitulmaqdis.
“Sesungguhnya, Masjid Al-Aqsa bukan sekadar bangunan bersejarah, tetapi kiblat pertama umat Islam dan antara tiga masjid suci yang dimuliakan dalam Islam.
“Setiap inci tanahnya adalah lambang tauhid, kesatuan dan maruah umat Islam sedunia. Oleh itu, keselamatan serta kesejahteraannya mesti dipelihara dan dipertahankan,” katanya.
Sementara itu, JAKIM dalam kenyataan berasingan memaklumkan solat hajat dan doa munajat di semua masjid dan surau di bawah pengurusan JAKIM dan JAWI akan dilaksanakan selepas Solat Jumaat hari ini.
“Solat hajat dan doa munajat ini akan diadakan secara serentak sebagai manifestasi solidariti dan kebersamaan umat Islam Malaysia dalam mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa serta mendukung perjuangan rakyat Palestin.
“Semoga usaha ini menjadi nyalaan doa yang tidak pernah padam, memperteguh ikatan hati umat Islam di seluruh dunia, dan menjadi asbab turunnya pertolongan Allah SWT untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa serta mengangkat penderitaan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests