Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR DI PERAK BERTAMBAH BURUK, LEBIH 2,000 PENDUDUK DIPINDAH KE 22 PPS 

DALAM NEGARA

BANJIR DI PERAK BERTAMBAH BURUK, LEBIH 2,000 PENDUDUK DIPINDAH KE 22 PPS 

IPOH: Situasi banjir di Perak bertambah buruk apabila seramai 2,171 penduduk daripada 759 keluarga dipindahkan ke 22 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.

IPOH: Situasi banjir di Perak bertambah buruk apabila seramai 2,171 penduduk daripada 759 keluarga dipindahkan ke 22 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan bahawa 19 PPS dibuka di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) yang menempatkan 1,784 penduduk, manakala tiga PPS di Manjung menampung 387 penduduk.

Antara PPS di LMS ialah Dewan Perdana Trong, Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong, Masjid Al-Wusta Batu 8, Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang dan SK Batu Hampar, manakala di Manjung melibatkan SK Sungai Batu, SK Beruas dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai.

Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di dua daerah berkenaan dinaiki air, dengan operasi menyelamat dan bantuan digerakkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir akan melanda daerah LMS, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak pagi ini.

Tiga sungai iaitu Kolam Bukit Merah, Sungai Kampar dan Sungai Slim dilaporkan berada pada paras bahaya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading